a) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
b) Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.... andainya muatan kita adalah iman dan layarnya takwa nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
c) Hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
d) Setiap kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup ini sentiasa menjadi mainan orang.
e) Hati yang terluka umpama besi bengkok walaupun diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
f) Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
